Saturday, December 24, 2016
DAGING MASAK MERAH...
DAGING MASAK MERAH
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
300 gm daging batang pinang
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos pencicah manis/sweet chilli thai (tak letak sebab tiada)
1/2 labu bawang besar Holland - hiris kasar
3 biji cili padi atau cili besar
sedikit bunga kubis/kacang panjang/kacang sepat/jagung muda - ikut pilihan, jika ada
sedikit minyak masak
garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Hiris nipis daging, gaul dengan pewarna merah dan sedikit garam.
2. Masukkan ke dalam kuali bersama sedikit air (dalam 1 cawan atau bergantung pada kelembutan daging), masak sambil dikacau sekali sekala sehingga daging lembut.
3. Bila daging sudah lembut, keluarkan air masak daging tadi (simpan untuk diguna buat sosnya) dan biarkan daging di dalam kuali.
4. Masukkan sedikit minyak, bawang putih dan masak sambil dikacau biar daging sedikit garing atau berkerak.
5. Tolakkan daging ke tepi kuali, masukkan sayuran, kacau balik sekejap biar layu kemudian masukkan kesemua jenis sos dan air masak daging tadi.
6. Masak seketika lagi dan sesuaikan rasanya, kacau balik biar sayur lembut dan sos menjadi pekat sedikit.
Nota : kalau guna daging frozen atau bukan yang cepat lembut, rebus dulu dengan pewarna dan sedikit garam biarkan lembut, pastu baru terus masak macam no. 4...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment