Thursday, February 16, 2017
SAMBAL SARDIN...
SAMBAL SARDIN
rujukan : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5 biji limau kasturi - diambil jusnya (saya ganti dengan 2 keping asam gelugur)
3 sudu besar minyak masak
Sedikit kicap pekat - untuk warna yang cantik (optional)
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering (saya guna cili kisar dalam 2 sudu besar)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar, sedikit kicap pekat (jika guna) dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau. (Jika guna asam gelugur, masukkan bersama tomato).
5. Sedia dihidangkan.
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment