Tuesday, April 9, 2019
SAMBAL AYAM & SUP PETOLA...
SAMBAL KICAP AYAM
sumber : hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
2 batang serai ~ diketuk
5 helai daun limau purut ~ dicarik
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam ~ sekiranya perlu
Bahan-Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan hingga naik minyak.
6. Sedia dihidangkan.
SUP SAYUR PETOLA
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 biji petola
2 keping tauhu ~ dipotong kiub
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
3 biji bawang merah ~ hiris
1 biji lada merah ~ hiris
1 biji telur ~ dipukul ringan
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit petola dan potong ikut citarasa.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih hingga berbau harum.
3. Masukkan sedikit air atau secukupnya dan biarkan ia mendidih.
4. Apabila mendidih masukkan sayur petola, tauhu, cili merah dan telur, kacau dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment