KEK PISANG

Sunday, April 9, 2017

APPLE CRUMBLE MUFFINS...









APPLE CRUMBLE MUFFINS
rujukan :    seleraputeri ;  (16 pcs)



Bahan Topping :

70  gm  gula perang
60  gm  tepung gandum
50  gm  butter  -  dicairkan
1  sudu teh  serbuk kayu manis


Bahan Muffin :

210  gm  gula perang
140  gm  minyak jagung
1  biji  telur gred A/B
200  gm  buttermilk  (200 gm susu segar + 1 sudu besar cuka masakan, rehatkan 10 minit)
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/2  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  garam
1/2  sudu teh  esen vanilla *
1/2  sudu teh  esen epal *  (atau 1 sudu teh esen vanilla jika tiada esen epal)
300  gm  tepung gandum
230  gm  epal hijau yang telah dibuang kulit & dipotong dadu (anggaran 2 biji saiz kecil)


Cara-Cara :

Panaskan oven dahulu pada suhu 200'C selama 30 minit.
Isikan dulang muffin dengan cawan kertas.  Ketepikan.
Ayakkan tepung gandum dengan baking powder, ketepikan.
Campurkan kesemua bahan-bahan topping dan gaul sehingga menjadi crumble menggunakan garfu.  Ketepikan.
Sementara itu, satukan gula perang, minyak jagung dan telur di dalam mangkuk adunan, ketepikan.
Di dalam bekas berasingan, satukan buttermilk, baking soda, garam dan esen vanilla.
Masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak berselang-seli dengan campuran buttermilk.  Kacau hingga sekadar sebati kemudian masukkan epal yang dipotong dadu, kacau sebati.  Jangan terlebih kacau agar muffin tidak menjadi keras selepas dibakar.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan sedikit bahan topping pada setiap muffin.
Turunkan suhu oven pada 170'C dan bakar selama 30 minit hingga masak...

No comments:

Post a Comment