KEK PISANG

Friday, April 7, 2017

TART TELUR...










TAT TELUR
rujukan :    FB/grup MAHN...



Bahan Crust/Shell :   (68 pcs)

170  gm  marjerin atau butter
50  gm  gula aising
1  biji  telur gred C
290  gm  tepung gandum
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Butter dan gula dipukul menggunakan senduk kayu.
2.  Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sebati (sampai kelihatan putih).
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sampai menjadi doh lembut.
4.  Bentukkan menggunakan acuan tat 4.5 cm.  Cucuk dasarnya menggunakan garfu.
5.  Bakar pada suhu 170'C api atas bawah selama 20-25 minit di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu...

NOTA :  rehatkan doh 30 minit dalam peti ais (optional)...


Bahan Filling/Inti Tart Telur :

50  gm  gula pasir
110  gm  air panas
1  sudu makan  susu pekat manis
45  gm  susu cair/susu full cream
1/2  sudu teh  esen vanilla
2  biji  telur gred A/B
1/2  sudu besar  tepung kastad
sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

     Kacau gula dalam air panas sampai gula hancur/larut.  Kemudian masukkan semua bahan yang lain, kacau sebati, tapis ke dalam bekas jug dan tuangkan ke dalam tart shell yang telah dibakar terlebih dahulu, tuangkan sehingga penuh dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180'C api atas bawah.  Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan kerana ketika panas tart shell agak rapuh sedikit.

***   Bila dah nampak macam gelembung naik, cepat-cepat keluarkan dari oven...

No comments:

Post a Comment