Thursday, April 6, 2017
RESIPI IKAN BAWAL GORENG TAUCU...
RESIPI IKAN BAWAL GORENG TAUCU
rujukan : iresipi.com
Jumlah Hidangan : 4
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan bawal, saiz sederhana
2 inci halia - hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji bawang merah - hiris halus
3 sudu besar taucu
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong bulat
4-5 biji cili padi - belah tengah
daun bawang untuk hiasan - hiris kasar
minyak masak secukupnya untuk menggoreng/menumis
Cara Memasak :
1. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
2. Di dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.
4. Masukkan pula ikan bawal yang digoreng tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu. (TIPS : Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng).
5. Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment