KEK PISANG

Thursday, April 6, 2017

PAJERI NENAS...










RESIPI PAJERI NENAS
rujukan :    iresepi.com




Jumlah Hidangan :  5

Bahan-Bahan :

1  biji  nenas, saiz kecil
1  bungkus kecil  serbuk kari ikan/daging
4  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  sudu besar  udang kering  ATAU  ikan bilis *  (* ditumbuk kasar)
2  sudu besar  kerisik
2  cawan  santan pekat
1  inci  halia  -  hiris nipis
1  senduk  minyak
Garam & gula secukup rasa


Bahan Rempah Tumis :

1  batang  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
1  sudu kecil  halba campur


Cara Memasak :

1.  Kupas kulit nenas dan potong membulat anggaran tebal 1.5cm setiap hirisan kemudian dibelah 2 setiap hirisan.

2.  Masak air sehingga mendidih dan rebus nenas seketika (anggaran 4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan.  Angkat dan toskan.

3.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis.  Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.  Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

4.  Masukkan udang kering dan kacau seketika.  Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.

5.  Masukkan nenas, masak sehingga nenas lembut.  Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.  (TIPS :  Lebihkan gula kerana pajeri lebih sedap jika manis).

6.  Masak sehingga kuah menjadi pekat...

No comments:

Post a Comment