COFFEE CUPCAKES WITH
COFFEE BUTTERCREAM
rujukan : Paty's Kitchen...
Coffee Cupcakes : (16 pieces)
165 gm mentega
165 gm gula perang
150 gm tepung naik sendiri - ayak
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu segar - suhu bilik
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A - suhu bilik
2 sudu teh serbuk kopi instant (saya guna Nescafe)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C.
2. Satukan bahan kering, tepung dan garam, ayak sebati. Ketepikan.
3. Serbuk Nescafe dibancuh bersama 1 sudu besar air suam dan letak sebelah.
4. Sediakan 18 muffin cup/papercup saiz sedang. (saya dapat 16 biji jer).
5. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
7. Masukkan esen vanilla diikuti susu segar sambil dipukul.
8. Masukkan bancuhan Nescafe, pukul rata dan sebati.
9. Akhir sekali masukkan bahan kering sedikit demi sedikit hingga habis.
10. Tuangkan atau sudukan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh.
11. Bakar selama 15-20 minit. Sejukkan pada suhu bilik di atas redai sebelum dihias.
Coffee Buttercream :
200 gm mentega
200 gm gula aising - ayak
2 sudu teh instant espresso + 1 sudu besar air = dibancuh
50 gm coklat masakan - dicairkan (saya guna coklat butang Beryl's)
Cara-Cara :
1. Pukul mentega hingga pucat.
2. Masukkan gula aising, pukul lagi hingga gebu.
3. Masukkan bancuhan kopi dan coklat cair. Pukul hingga sebati.
4. Sedia untuk dipaipkan ke atas kek cawan yang disejukkan tadi...
No comments:
Post a Comment