PENGAT PISANG BERSAGU
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji - cuci bersih & rendam dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu biji
Bahan Kuah :
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah + 1/2 cawan air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara :
1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk hingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. (Jangan direbus lama sangat nanti tidak cantik pisangnya).
2. Sementara itu, di dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu biji yang telah direndam tadi. Masak sehingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
3. Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak sehingga hampir mendidih.
4. Masukkan pisang tadi, sagu biji dan daun pandan, kacau sebati.
5. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah, biarkan mendidih. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment