Saturday, April 15, 2017
SAMBAL GORENG KENTANG...
SAMBAL GORENG KENTANG
Bahan-Bahan :
3 biji kentang - dikupas kulit
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil cuka masakan
1 cawan minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan Dikisar :
10 tangkai cili kering - direndam hingga kembang & toskan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Kentang dipotong baji. Basuh dan toskan. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit (jika suka).
2. Panaskan minyak dan gorengkan kentang hingga garing.
3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
4. Masukkan garam, gula dan cuka masakan. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan kentang yang digoreng tadi dan kacau sekali lagi.
6. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment