BINGKA KENTANG
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
400 gm ubi kentang - rebus empuk dengan sedikit garam & lecek halus
3/4 cawan gula halus/gula kastor
5 biji telur gred A
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kuning lemon
Bijan secukupnya untuk ditabur atas kuih
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C dan griskan loyang 8"x8" dengan minyak atau marjerin. Ketepikan.
2. Kacau telur, gula, garam dan esen vanilla sehingga rata dan masukkan santan, kacau.
3. Masukkan tepung sedikit demi sambil dikacau sehingga adunan tidak berbintil. Masukkan pula kentang lecek dan pewarna kuning. Kacau sehingga sebati. (Boleh juga di blender/kisar untuk tekstur yang lebih halus).
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan, taburkan bijan secukupnya (jika guna) dan bakar selama 40 minit sehingga 1 jam atau sehingga kuih bingka garing.
5. Biar kuih benar-benar sejuk, potong dan hidangkan...
sedapnyer...
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..
ReplyDelete