Sunday, April 16, 2017
PAPRIK AYAM...
PAPRIK AYAM
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Saiz hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan :
300 gm ayam - dipotong kecil
1 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih - diketuk
1 cm halia - hiris nipis
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh pes tomyam
1 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
5 biji cili api - diketuk kasar
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
Sedikit air
Sedikit sos ikan (jika suka)
Campuran sayuran (ikut pilihan : kacang panjang, cili benggala merah dan hijau, lobak merah) secukupnya - dipotong kecil
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit menggunakan api yang besar.
3. Masukkan bahan-bahan lain berserta air dan jus limau nipis. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan sayur kelihatan lembut.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas
Nota : Ayam yang diguna mestilah mengandungi campuran bahagian isi dan tulang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment