Terlebih serbuk kunyit tapi ianya sangat sedap & menyelerakan,
sesuaikan juga dijadikan hidangan dalam pantang, terima kasih pada penyumbang resipi...
RASAM TELUR
rujukan : Fiza's Cooking ; (sedap)
Bahan-Bahan :
2 biji telur (saya guna 5 biji)
1/2 sudu kecil biji sawi
2 pelepah daun kari
3 tangkai cili kering (saya letak cili flakes sebab tiada stok cili kering)
1/2 cawan jus asam jawa
3 cawan air
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
1 sudu kecil jintan putih@cumin
1/2 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Cara Memasak :
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak, tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan daun kari, cili kering serta biji sawi.
2. Kacau hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan jus asam jawa, air dan serbuk kunyit.
3. Setelah kuah mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk dan renihkan sehingga telur masak.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kiub pati ayam kemudian bolehlah dimatikan api dapur. Hidangkan dengan nasi panas...
No comments:
Post a Comment