SIRA UBI KAYU
rujukan : secubitgaramnor67.com
Bahan-Bahan :
500 gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan - ikut kemanisan yang disukai
2 helai daun pandan - disimpul
secubit garam
air secukupnya
Cara-Cara :
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil
Rebus ubi kayu di dalam air yang menutupi paras ubi sehingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika inginkan kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak sehingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan...
** boleh gantikan gula nisan dengan gula pasir atau gula melaka...
No comments:
Post a Comment