KEK PISANG

Monday, April 3, 2017

PAJERI TERUNG...










PAJERI TERUNG
rujukan :    iresipi.com




Bahan-Bahan :

3  biji  terung panjang ; sederhana kecil
3  sudu besar  minyak masak
1 1/2  cawan  santan pekat
3  sudu besar  serbuk rempah kari daging ; dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1  sudu besar  kerisik
Rempah tumis  (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)


Bahan dikisar halus :

3  ulas  bawang putih
2  ulas  bawang merah
1cm  halia
1  sudu besar  udang kering ; direndam hingga lembut & toskan


Cara Memasak :

1.  Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.  (Selepas itu saya gorengkan sekejap sekadar terung layu sedikit dan berubah warna).

2.  Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau.  Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi.  Masak sehingga pecah minyak.

3.  Masukkan terung, kacau seketika.  Tuangkan santan pekat dan kerisik.  Masak sehingga kuah menjadi pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  (Lebihkan sedikit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis).

No comments:

Post a Comment