Sangat sedap : lembab, chocolatey & a keeper,
tq pada tuan punya resipi...
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
rujukan : zulfadreamland...
Bahan-Bahan :
400 gm coklat masakan/coklat compound - Dark Chocolate Beryl's
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri ATAU tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
Cara-Cara :
1. Coklat masakan atau coklat compound, dipotong kecil. Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat masakan yang baik kualitinya. Barulah rasa coklatnya terserlah/terangkat!!!
2. Satukan coklat masakkan atau coklat compound dan butter, dicairkan dengan kaedah double-boiler sehingga coklat dan butter larut, gaul rata.
3. Di dalam bekas yang lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko kemudian di ayak. (Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi keenakan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat). Tuangkan adunan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.
5. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur serbuk koko tadi ke dalam adunan. (Jika sudah diayak terlebih dahulu....masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kemudian gaul rata dan sebati).
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10x10 inci yang telah dilapik dengan kertas baking dan dioleskan juga dengan butter. (Sebaiknya kertas baking dilebihkan kiri kanan supaya mudah untuk keluarkan brownies dari loyang).
7. Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 160'C selama 30 minit. Bila sudah masak, tutup suis oven. Biarkan brownies di dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit di dalamnya baru boleh dikeluarkan dari oven. Sejukkan dahulu sebelum dipotong....
No comments:
Post a Comment