KEK PISANG

Thursday, July 9, 2015

 IFTAR 22 (2015)






KUE TEOW GORENG BASAH MUDAH
Oleh  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

   1  bungkus  kue teow  (anggaran  500 gm)
   1  mangkuk kecil  isi kerang yang telah direbus
   2  ulas  bawang putih *
   1  labu  bawang besar *  (* dikisar/ditumbuk)
   2  sudu besar  cili kisar
   2  sudu besar  kicap pekat
1/2  sudu besar  sos tiram
1/2  sudu besar  sos tomato
Secukup taugeh & kucai
1/2  labu  bawang besar  -  hiris
   1  biji  cili merah  -  hiris
   3  biji  telur dipukul sedikit
1/2  sudu kecil  garam
1/2  sudu kecil  serbuk perasa
   1  sudu besar  minyak masak untuk menumis


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2.  Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili kisar sehingga naik bau wangi.
3.  Masukkan kerang rebus serta kesemua bahan-bahan lain kecuali taugeh, kucai dan kue teow.
4.  Gaul sehingga sebati dan kerang masak.
5.  Masukkan kue tiaw, taugeh, kucai dan gaul sebati.
6.  Untuk buat kue teow goreng basah, masukkan kuantiti air 2x ganda dari biasa atau anggaran kue teow nampak berkuah ikut selera masing-masing.  Tolak kue teow ketepi kuali dan masukkan telur.  Agak-agak kental sedikit gaulkan sebati dengan kue teow.
7.  Tutup kuali seketika untuk kue teow masak dan menyerap rasa kuah.  Tidak perlu terlalu lama kerana kue teow lembut.

No comments:

Post a Comment