KEK PISANG

Thursday, July 2, 2015

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN







BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
sumber  :  Azie Kitchen; thanks...


Bahan-bahan :


      3  cawan  kacang hijau
1 1/2  keping gula melaka
1 1/2  cawan  gula pasir
      2  helai  daun pandan
      2  cawan  air
      2  cawan  santan
  4-5  ulas  durian
Garam secukup rasa


Cara-cara :

     Gorengkan kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.  Bilas dan rebus sampai empuk.
     Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan di dalam periuk dengan api perlahan.  Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
     Di dalam periuk lain, masukkan rebusan kacang hijau tadi bersama air rebusannya dan rebuskan sehingga mendidih.  Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.  Masukkan cairan gula tadi dan isi durian.  Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.
     Masukkan santan, secubit garam  dan kacau lagi sehingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tidak pecah minyak.  Rasakan kemanisannya dan angkat.

No comments:

Post a Comment