KEK PISANG

Thursday, July 9, 2015

KUIH BAKAR KEMBOJA








KUIH BAKAR KEMBOJA
sumber dari  :  Aziz Kitchen ; thanks...



Bahan-bahan :

      2  cawan  tepung gandum
2 1/2  cawan  santan
      1  cawan  jus pandan  (anggaran 3-4 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air = tapis)
      1  cawan  gula atau 3/4 cawan jika tidak suka manis
      2  sudu besar  mentega  -  cairkan
      3  biji  telur gred B
   1/2  sudu kecil  garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan untuk ditabur atas kuih (jika suka)


Cara-cara :

     Campurkan kesemua bahan dan blend/kisar sampai sebati dan tepung tidak berbintil.
     Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di atas dapur.  (Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada acuan/loyang,  penuhkan acuan/loyang dengan minyak masak.  Selepas itu panaskan sehingga keluar asap (betul-betul panas).  Kemudian tuangkan/keluarkan minyak tersebut dari acuan/loyang).  Kecilkan api sekecil-kecilnya.
     Lenserkan minyak atau mentega pada acuan dan tuangkan adunan ke dalamnya.  Kemudian taburkan bijan di atasnya.
     Masak sebentar di atas dapur gas selama 5-10 minit dengan api yang sangat kecil bertujuan untuk mendapatkan kulit yang agak garing.  Kemudian sambung membakar kuih di dalam oven pada suhu 180'C selama 30-40 minit sehingga permukaan kuih nampak keperangan.
     Bila dah sejuk, bolehlah dipotong mengikut bentuk acuan.  Untuk adunan di atas, menghasilkan 4 biji Kuih Bakar yang bila dipotong mendapat 32 keping.

No comments:

Post a Comment