NASI HUJAN PANAS
sumber : DapurTanpaSempadan ; thanks (sedap & a keeper)...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi - cuci, rendam selama 30 minit & toskan
5 cawan air atau air rebusan ayam
1 kiub pati ayam Knorr jika menggunakan air biasa - tambahan
1 cawan susu sejat IDEAL
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - hiris
3 ulas bawang putih - titik
1 biji bawang besar - hiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan penuh minyak sapi atau mentega
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Bahan hiasan :
Hirisan daun sup & daun bawang
Gajis goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara Penyediaan :
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga berbau harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan 1 helai daun pandan. Tumiskan hingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Gorengkan beras tadi selama 1 minit dan matikan api.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap, bila nasi masak sepenuhnya matikan suis.
Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dengan menggunakan chopstick, gemburkan nasi tadi hingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan sekejap. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup dan daun bawang, kacang pis dan bawang goreng.
ACAR TIMUN LOBAK MERAH
sumber : SAJI Disember 2013
Bahan-bahan :
2 batang timun
2 batang lobak merah
6 keping nanas dalam tin - dipotong dadu (tambahan)
1 biji buah tomato - dipotong dadu (tambahan)
1 labu bawang besar
2 tangkai cili merah
1 sudu besar cuka masakan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit kapur
Cara Menyediakan :
1. Timun dan lobak merah dihiris. Rendam seketika di dalam air kapur kemudian toskan.
2. Bawang besar dimayang halus dan cili merah dihiris.
3. Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk besar.
4. Tambahkan cuka masakan, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan...
18/7/2015 (Sabtu) Juadah untuk raya ke 2...
No comments:
Post a Comment