Wednesday, July 1, 2015
PUDING TRIFLE
PUDING TRIFLE
rujukan : Internet/google..
Bahan-bahan :
1 bungkus swiss-roll/sebarang kek butter
1 kotak agar-agar kristal - sebarang perisa
1 tin fruit cocktail
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula pasir
3 cawan susu segar/susu cair
Cara Membuat :
1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
2. Potong kek dan susun di dalam kaserol sehingga penuh.
3. Ambil sedikit jus buah koktel dan renjiskan di atas kek tadi.
4. Tuangkan kastad di atas keseluruhan kek sehingga rata. Taburkan buah-buahan di atas kastad.
5. Bancuh dan masak agar-agar kristal mengikut arahan pada pek kotak dan tuangkan di atas koktel tadi.
6. Masukkan di dalam peti sejuk. Enak dimakan bersama aiskrim perisa vanilla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment