KEK PISANG

Wednesday, July 1, 2015

KUIH LOMPANG

 IFTAR 1 - 18/6/2015 (Khamis)





KUIH LOMPANG
rujukan  :  buku 'Jom..Kuih-Muih' Norzailina Nordin



Bahan-bahan :

      2  cawan  air
   1/2  cawan  gula pasir
      1  helai  daun pandan  -  disimpul
1 1/4  cawan  tepung beras
   1/4  cawan tepung sagu/ubi
Sedikit pewarna kuning, merah & hijau
  150  gm  kelapa parut putih
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Jerang air dan daun pandan sehingga mendidih.
2.  Masukkan gula dan kacau sampai larut.  Angkat dan biarkan sejuk.
3.  Satukan tepung beras dan tepung sagu/ubi.  Kacau rata.
4.  Masukkan air gula tadi.  Gaul sebati.
5.  Bahagikan kepada tiga bahagian.  Kemudian masukkan pewarna pada setiap bahagian.
6.  Tuangkan ke dalam acuan lompang yang sudah dilenser dengan sedikit minyak.  Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.  Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.  Letak kelapa yang dicampur sedikit garam atas lompang.

No comments:

Post a Comment