versi bulat
FLORENTINE COOKIES
sumber : BicaraKakNoor ; thanks...
Bahan-bahan :
200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci
10 gm bijan putih
10 gm bijan hitam
Cara-cara :
1. Badam keping dan kuaci dipanggang sekejap di dalam oven pada suhu 160'C selama 5-10 minit.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Kemudian ratakan di dalam loyang 14x14 inci yang dialaskan dengan baking paper. Boleh juga dimasukkan ke dalam loyang muffin yang ada 12 lubang.
4. Bakar pada suhu 160'C selama 10-15 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan ketika masih panas menggunakan pizza cutter. Biarkan sejuk seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment