KEK PISANG

Saturday, July 18, 2015

RENDANG DAGING ALA MINANG








RENDANG DAGING ALA MINANG
sumber  :  DapurTanpaSempadan ; thanks..(sangat sedap)



Bahan-bahan :

1  kg.  daging batang pinang
1  liter  pati santan
2  camca besar  kerisik
1  keping  asam gelugur
1  camca besar  gula melaka
2  helai  daun kunyit  -  dimayang halus
3  camca besar  cili kisar
Garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar halus :

10  biji  bawang merah
  4  ulas  bawang putih
  1  inci  kunyit hidup
  2  inci  halia
  1  inci  lengkuas
  4  batang  serai  -  hiris halus
  4  biji  buah keras  -  titik
30  biji  cili padi kampung


Cara Memasak :

1.  Daging batang pinang dipotong kiub, cuci bersih dan toskan.  Masukkan ke dalam kuali bersama bahan-bahan kisar halus dan cili kisar, kacau rata dan masak sehingga daging kecut dan airnya sedikit kering.  Tuangkan santan, kacau rata dan masak sehingga mendidih.

2.  Masukkan kerisik, kacau dan teruskan memasak dengan api sederhana sehingga pekat.  Tambahkan asam gelugur, garam secukup rasa dan gula melaka.  Kacau dan teruskan memasak sehingga rendang kering.  Masukkan daun kunyit dan kacau.  Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok bolehlah tutup api.

Catatan CMG :  Kalau menggunakan daging pejal biasa dan jika daging masih belum empuk semasa proses memasak, anda boleh tambahkan air panas dan sambung memasak sehingga daging empuk.  Pastikan rendang diisikan di dalam bekas yang bersh dan kering, biarkan betul-betul sejuk barulah ditutup untuk mengelakkan rendang cepat rosak.

No comments:

Post a Comment