Inti popia
IFTAR 24 (11/7/2015) -Sabtu
POPIAH GORENG
sumber : Rosjintanmanis.com ; thanks...
tried by : zaralovebaking; (sedap)...
Bahan-bahan :
15 keping kulit popia
150 gm udang atau isi ayam
200 gm taugeh
1 biji telur
1/2 batang carrot
1/2 batabg timun
1/2 cawan mix vegetable (tak letak)
2 keping tauhu - digoreng
1/4 biji bawang besar
Lada sulah secukup rasa
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus. Timun dan carrot dihiris bentuk anak mancis, tauhu goreng dipotong kiub kecil-kecil serta telur dipukul sedikit.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar. Selepas itu masukkan mix vegetable, kacau lagi. Ketepikan kesemua bahan ke tepi kuali dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tauhu, taugeh dan timun, sesuaikan rasa, masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air dan sejukkan sebelum digunakan.
4. Ambil sekeping kulit popiah, letakkan 2 camca makan inti ditengah kulit popiah dan lipat seperti biasa. (seperti membuat kuih ketayap). Gunakan bancuhan tepung gandum dicampurkan dengan sedikit air sebagai pelekat.
5. Gorengkan popiah di dalam minyak yang betul-betul panas. Enak dimakan dengan sos cili atau ikut selera.
No comments:
Post a Comment