KEK PISANG

Monday, July 6, 2015

PUDING SAGU GULA MELAKA









PUDING SAGU GULA MELAKA
Oleh  :  zaralovebaking..




Bahan-bahan :

300  gm  biji sagu warna putih
    1  liter  air
 1/2  tsp  pewarna merah
    2  helai  daun pandan  -  disimpul
300  ml  santan pekat dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa


Bahan air gula :

  60  gm  gula melaka
100  gm  gula pasir
    1  cawan  air
    1  helai  daun pandan  -  disimpul


Cara membuat :

1.  Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna.  Cuci sagu sekejap dan masukkan di dalam air mendidih.
2.  Masak sagu hingga berubah menjadi jernih.  Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.
3.  Angkat, toskan serta cuci/bilas dibawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
4.  Toskan dan isikan di dalam acuan pilihan yang sudah dibasahkan.  Simpan di dalam peti sejuk selama 1-1 1/2 jam.
5.  Satukan santan dan garam secukup rasa, ketepikan.
6.  Air gula :  Masak semua bahan air gula hingga mendidih dan pekat.
7.  Tuangkan kuah santan dan air gula di atas sagu semasa menghidang.

Info  :  Untuk mendapatkan santan, perah kelapa parut dengan air masak.

No comments:

Post a Comment