KEK PISANG

Thursday, July 2, 2015

AYAM MASAK SAMBAL KICAP







AYAM MASAK SAMBAL KICAP
buku Senangnya Memasak Ayam - Chef Hanieliza



Bahan-bahan :

500  gm  ayam
    1  batang  serai  -  diketuk
    5  helai  daun limau purut  -  dikoyak
    3  sudu besar  sos tomato
    5  sudu besar  kicap
Minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


Bahan kisar :

 20  tangkai  cili kering
   5  ulas  bawang merah
   1  labu  bawang besar
   3  ulas  bawang putih
   2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5.  Masakkan sehingga naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment