CREME PUFF
sumber : mamawandiha ; thanks...(a keeper)
Bahan-bahan :
100 gm mentega
250 ml air
1/2 tsp garam halus
150 gm tepung gandum (ayak - saya guna tepung naik sendiri)
3 biji telur gred A (saya tambah sebiji lagi gred B); dipukul sedikit
Cara-cara :
Di dalam periuk masukkan mentega, air dan garam. Masak di atas api sehingga mendidih. Apabila mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Gaul/kacau sehingga menjadi adunan yang tidak melekat di periuk. Sejukkan sebentar.
Masukkan doh ke dalam mixer dan putar sehingga adunan doh suam sedikit. Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan kelihatan likat. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Bakar selama 20 atau sehingga kelihatan sedikit keperangan pada suhu 200'C (jika oven ada kipas pasangkan kipas. Sebelum membakar renjiskan sedikit air masak di atas adunan doh yang telah dipaipkan di atas dulang pembakar, supaya puff naik cantik dan masak sekata).
Bahan filling (kastad) :
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar (250 ml)
1 biji telur gred A/B
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan filling kecuali mentega. Kacau rata dengan whisk. Jerangkan di atas api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga pekat. Tutup api dan masukkan mentega, kacau lagi sehingga sebati dan mentega cair. Biarkan sejuk sebelum dipaip ke dalam krim puff.
IFTAR 18
No comments:
Post a Comment