KEK PISANG

Thursday, July 9, 2015

AYAM SOS MADU







AYAM SOS MADU
sumber  :  SAJI JULAI 2010...




Bahan-bahan :

500  gm  isi ayam  (dihiris) atau 1/2 ekor ayam dipotong kecil, dicuci bersih & toskan
Sedikit garam
Minyam masak untuk menggoreng


Bahan Sos :

  1  labu  bawang besar  -  kisar
  2  ulas  bawang putih  -  kisar
10  tangkai  cili kering direndam seketika di dalam air panas  -  kisar
30  gm  halia  -  kisar
  1  batang  serai  -  ketuk
  3  sudu besar  madu
  3  sudu besar  sos cili
Sedikit garam & gula
Sedikit lada benggala  -  dihrisi memanjang


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ayam dengan garam.  Goreng sehingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.
2.  Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
3.  Masukkan serai dan tuangkan sedikit air.
4.  Masukkan madu dan sos cili.  Tambahkan garam dan gula secukup rasa.  Tumis lagi sehingga pecah minyak.
5.  Kemudian masukkan ayam, hirisan lada benggala dan gaulkan rata.

No comments:

Post a Comment