IFTAR 25 (12/7/2015 - Ahad)
MIHUN GORENG
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 paket mihun (direndam & toskan)
4 ekor sotong (dihiris nipis)
10 ekor udang (dibuang kulit)
2 pokok sawi (dipotong pendek)
50 gm kubis (diracik)
50 gm tauge
1/2 batang carrot (dihiris)
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kubis, lobak merah dan mihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Apabila mihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
6. Gaul rata dan rasakan masinnya.
7. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang, daun sup, hirisan cili merah dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment