KEK PISANG

Thursday, July 2, 2015

ONDE-ONDE







ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA
buku Senangnya Memasak Kuih-Muih Chef Hanieliza



Bahan-bahan :

   2  cawan  tepung pulut
   1  sudu besar  tepung gandum
   1  cawan  jus pandan/air  (3 helai daun pandan)
   2  ketul  gula melaka  -  dipotong dadu kecil
1/2  biji  kelapa muda parut  -  diambil bahagian putih sahaja
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel.
2.  Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3.  Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.  Bentukkan seperti bebola.
4.  Panaskan air hingga mendidih.  Masukkan bebola tadi.
5.  Apabila bebola timbul, angkat dan toskan ke dalam tapisan.
6.  Golekkan bebola dengan kelapa parut yang bercampur dengan sedikit garam dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment