KEK PISANG

Thursday, July 2, 2015

AGAR-AGAR MANGGA








AGAR-AGAR MANGGA
sumber  :  Daput Tanpa Sempadan ; thanks ...




5  gm  serbuk agar-agar
5  sudu besar  gula
2  cawan  air
1  helai  daun pandan  -  disimpul
1  cawan  susu sejat IDEAL
2  biji  mangga saiz sederhana, kupas kulit & ambil isinya
Secubit garam
Isi mangga yang didadu untuk hiasan (jika suka)


Cara Penyediaan :

1.  Satukan serbuk agar-agar dan gula, kacau rata, masukkan air dan daun pandan, kacau rata dan masak sehingga mendidih dan gula larut.  Sementara itu isi buah mangga dan susu sejat dikisar sehingga menjadi puri.

2.  Kecilkan api, keluarkan daun pandan kemudian tuangkan puri mangga ke dalam periuk berisi agar-agar tadi.  Kacau rata sehingga sebati dan masak sekejap jangan sampai mendidih, biarkan ia panas dan naik wap sahaja.  Tutup api.

3.  Tuangkan di dalam acuan pilihan dan bila hilang wap panas, masukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment