KEK PISANG

Thursday, July 2, 2015

SERAWA DURIAN






SERAWA DURIAN
sumber  :  citarasawan ; thanks..



Bahan-bahan :

   1  biji  durian  -  kupas & ambil isinya
   2  cawan  santan pekat
   1  cawan  air
1/2  cawan  gula  -  kemanisan ikut citarasa
   2  helai  daun pandan  -  disimpul
Sedikit garam


Cara Penyediaan :

1.  Masukkan isi durian ke dalam periuk, bubuhkan daun daun pandan.
2.  Tuangkan separuh daripada santan ke dalam periuk berisi durian tadi.
3.  Masak di atas api sederhana dan kacau selalu supaya kuahnya sebati.
4.  Masukkan gula dan air untuk mengimbangi kepekatan kuah durian.  Kacaukan lagi.
5.  Masukkan pula baki santan berserta dengan sedikit garam (fungsi untuk menaikkan rasa lemak kuah durian tersebut).
6.  Biarkan mendidih sambil dikacau kuah durian anggaran mendidih 2-3 kali...bolehlah ditutupkan api.
7.  Sedia untuk dihidangkan.  (Enak dihidangkan bersama pulut kukus, roti jala dll.)

No comments:

Post a Comment