Kuah kacang saya beli yang siap saja - Hj. Samuri Kajang sebab tidak sempat untuk menyediakannya.
TAUHU SUMBAT & SAMBAL KACANG
sumber : yatiememories ; thanks...
Bahan Tauhu Sumbat :
4 keping tauhu keras, lumurkan dengan sedikit garam
3/4 cawan parutan sengkuang
3/4 cawan hirisan halus timun
3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
Bahan Sambal Kacang :
150 gm kacang tanah, goreng sehingga kuning keemasan, toskan
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
3 biji cili merah *
1/2 inci belacan * - dibakar sebentar
5 biji cili padi (optional) * (* dikisar halus)
2 camca besar petis @ otak udang
2 camca besar sos cili (tambahan)
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit air jika perlu
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Tumbuk kacang tanah sehingga hancur tetapi jangan terlalu halus. Masukkan ke dalam bekas, tuangkan bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan-bahan tadi dan ketepikan.
2. Gorengkan tauhu tadi sehingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi) kemudian buatkan belahan ditengah-tengah bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemaskan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi. Hidangkan bersama sambal kacang.
Cara yatie : Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bawang besar dikupas dan dibelah 6. Bawang besar dan bawang putih digoreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bawang besar dan bawang putih yang digoreng tadi bersama 1/2 cawan air masak. Tuangkan ke dalam mangkuk. Kisar kacang tanah yang telah digoreng tadi bersama 1/2 cawan air masak. Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa bolehlah dicurah kuah kacang sambal ini ke atas tauhu sumbat tadi.
No comments:
Post a Comment