Thursday, July 2, 2015
KUIH CARA MANIS
KUIH CARA MANIS
buku resipi..
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
1 liter santan - dari 1 biji kelapa
2 biji telur gred B
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau
Gula putih/gula melaka dipotong dadu - inti
Cara Membuat :
1. Bancuh tepung gandum dan santan. Masukkan telur, garam dan pewarna hijau. Gaulkan sehingga adunan sebati. Tapiskan jika perlu. Ketepikan.
2. Panaskan acuan kuih cara dengan sedikit minyak. Tuangkan sedikit adunan, bubuh sedikit gula di atasnya.
3. Tutup sebentar. Pastikan apinya kecil semasa memasak. Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment