KEK PISANG

Monday, July 6, 2015

AYAM KURMA



 6/7/2015 (Isnin)  -  IFTAR 19




KURMA AYAM
buku 'Cita Rasa Malaysia Melaka' - Chef Salbiah



Bahan A :

1/2  ekor  ayam  (dipotong kecil, cuci bersih & toskan)
   2  cawan  santan
   1  keping  asam gelugur
   1  paket  kecil pes rempah kurma  (dicampur sedikit air)
   1  batang  serai  -  diketuk
   1  inci  halia  -  dihiris
   1  biji  ubi kentang  -  dibelah 4
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan B (Dikisar) :

4  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Bahan C :

1  inci  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
3  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga


Bahan D :

2  biji  cili hijau  (dibelah 2 tanpa putus)
1  labu  bawang besar  -  dibelah 4
1  biji  tomato  -  dibelah 2


Cara Memasak :

1.  Tumiskan bahan B, bahan C, serai dan halia sehingga kekuningan.
2.  Masukkan pes kurma dan masak seketika sehingga naik bau.
3.  Kemudian masukkan ayam.  Masak sehingga ayam disaluti rempah kemudian masukkan santan.
4.  Biarkan mendidih seketika.  Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.  Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
5.  Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
6.  Masukkan bahan D.  Biarkan seketika.
7.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment