Thursday, July 2, 2015
AYAM PRUNE
AYAM PRUNE
rujukan : Dayang Jack ; thanks...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - bersihkan & dipotong kecil
70 gm buah prun - buang biji atau pitted
1 tbsp rempah kerutuk Adabi - tak letak
4 tbsp cili kisar
Air secukupnya
2-3 tbsp madu
4 tbsp sos cili
2-3 tbsp sos plum - tak letak
2 tbsp sos tomato
Garam secukupnya
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
Bahan kisar :
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Perap ayam bersama rempah kerutuk, cili kisar dan bahan kisar selama 1 jam.
2. Panaskan minyak secukupnya. Tumiskan rempah 4 sekawan sehingga wangi.
3. Masukkan ayam bersama bahan perapan tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Apabila ayam hampir masak, masukkan bahan selebihnya. Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan tomato ceri jika suka.
5. Apabila masak, tutup api. Angkat dan hidangkan. (Jika suka boleh hiaskan dengan gajus panggang/goreng dan bawang goreng).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment