Wednesday, July 1, 2015
SAMBAL IKAN TENGGIRI
SAMBAL IKAN TENGGIRI
rujukan : buku Koleksi RASA
Bahan-bahan :
4 potong ikan tenggiri
6 biji bawang merah besar - dikisar dengan sedikit air
3 ulas bawang putih - ditumbuk
200 gm cili kisar
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dipotong empat
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Gaul ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak.
3. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bawang putih dahulu sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga garing.
6. Masukkan air asam jawa dan masukkan gula serta garam secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar yang dihiris bulat, kacau sehingga bawang sedikit layu. Tutup api dan tuangkan kuah di atas ikan goreng tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment