KEK PISANG

Monday, July 6, 2015

BISKUT RAINBOW COOKIES







BISKUT PELANGI@RAINBOW COOKIES
sumber  :   Citarasawan ; thanks...



Bahan-bahan :

250  gm  mentega
175  gm  gula kastor
100  ml   putih telur
200  gm  tepung gandum
  50  gm  tepung jagung
 1/4  tsp  emplex  (perangup biskut)

Pewarna :  ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Loyang lidah kuching  -  digris dengan sedikit mentega


Cara Penyediaan :

1.  Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan.

2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.  Masukkan tepung dan kaupbalikkan dengan spatula hingga rata dan sebati.

4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan dengan pewarna berlainan pada setiap bahagian.

5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kuching mengikut susunan pelangi.

6.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit.  Jangan biarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan warna pelangi.

7.  Biarkan biskut suam-suam kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara.  (Biskut ini cepat lemau jika dibiarkan terdedah pada udara.  Biskut yang lemau boleh dipanaskan semula selama 5-8 minit di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu dan akan rangup kembali).

No comments:

Post a Comment