Saturday, July 11, 2015
ALMOND LONDON COOKIES
ALMOND LONDON COOKIES
sumber dari : Grup masakan Jalilah JJ ; thanks...
tried by : zaralovebaking.blogspot.com; (sedap, rangup & a keeper)..
Bahan-bahan :
250 gm mentega/marjerin
100 gm gula aising
300 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
50 gm serbuk badam/Nestum diblender halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh baking powder (optional)
Kacang badam secukupnya (bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit, sejukkan sebelum digunakan)
Badam cincang secukupnya untuk hiasan - dibakar seketika, sejukkan sebelum digunakan
Bahan topping :
700 gm coklat Beryl compound
2 sudu teh shortening @ koko butter
(Masak dengan kaedah double-boiler sehingga cair).
Cara-cara :
Satukan mentega dan gula aising, pukul sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla. Kacau sehingga berkrim. Masukkan serbuk badam, tepung jagung, tepung gandum...uli sehingga menjadi doh. Tepung gandum tidak perlu dimasukkan kesemuanya cuma sekadar pada kelembutan dan doh tidak melekat di tangan.
Timbang doh 6-7 gm dan letak sebiji badam, bentukkan semula (bentuk lonjong) dan susunkan di dalam loyang pembakar. Bakar pada suhu 200'C selama 20-25 minit atau sehingga sedikit keperangan. Sejukkan dahulu dan salutkan dengan topping dan hiaskan dengan badam cincang di atasnya.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment