KEK PISANG

Friday, July 10, 2015

MEE GORENG BASAH




 IFTAR 23 :  10/7/2015 (Friday)




MEE GORENG BASAH
sumber dari  :  Azlita Masam Manis ; thanks...




Bahan-bahan :

500  gm  mee kuning  -  cuci bersih & toskan (saya celurkan sekejap untuk buangkan rasa air kapurnya)
Taugeh secukupnya  -  dibuang akar, cuci & toskan
    2  keping  tauhu  -  goreng & potong dadu
    2  pokok  sawi  -  dipotong asingkan batang & daun. Batang sawi diketuk & potong 1 inci
    6  ekor  udang  -  kupas kulit, cuci & toskan
200  gm  daging  -  direbus hingga empuk & dihiris
Air rebusan daging secukupnya
    2  biji  telur  -  dikocok
Daun sup & daun bawang  -  dihiris
Cili merah  -  dihiris untuk hiasan


Bahan kisar :

3  ulas  bawang putih *
3  ulas  bawang merah *  (* ditumbuk)
2  camca besar  cili kering kisar


Bahan sos :

2  sudu makan  sos tiram
2  sudu makan  sos cili
1  sudu makan  sos tomato
2  sudu makan  kicap manis/pekat


Cara Memasak :

Panaskan minyak.
Goreng tauhu, angkat dan ketepikan.
Goreng telur sekejap sambil dikacau dan angkat semasa 1/2 masak.
Goreng udang sekejap dan angkat.
Panaskan semula minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum.
Kemudian masukkan bahan sos satu persatu, kacau rata dan masak.
Masukkan daging dan air rebusan daging.
Air rebusan letak lebih-lebih untuk dapatkan mee yang basah.  Jika kurang air boleh tambah air biasa.
Masak sehingga mendidih.  Bila dan mendidih masukkan batang sawi dulu.
Kemudian masukkan mee, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan telur, udang, tauhu, daun sawi dan taugeh.
Tutup api dan terus keluarkan mee dari kuali dan letakkan di dalam pinggan hidangan, taburkan hirisan daun bawang dan daun sup, bawang goreng, cili merah dan hirisan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment