KEK PISANG

Saturday, July 18, 2015

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB





 17/7/2015 (Jumaat) -  Kek yang sangat sedap. Dibuat untuk anak gadis sulung ku sempena hari jadinya yang kebetulan jatuh pada hari raya pertama tahun ini dengan hiasan kek yang serba simple sahaja.





KEK KUKUS COKLAT LEMBAB
sumber dari  :  Fizalgk; thanks...



Bahan A :

   1  cawan  serbuk koko
   1  cawan  gula pasir
   1  cawan  susu cair
   1  cawan  minyak masak
1/2  cawan  susu pekat manis


Bahan B :

1 1/2  cawan  tepung gandum
      1  sudu teh  soda bicarbonate
      1  sudu teh  baking powder


Bahan C :

1  sudu teh  esen vanilla
3  biji  telur (suhu bilik) (gred A = 3 biji, B = 4 biji)


Cara-cara :

1.  Ayakkan kesemua bahan B dan ketepikan seketika.

2.  Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan kacau hingga sebati dan dengan menggunakan api yang kecil masak hingga gula larut dan sejukkan.

3.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang.  Tuangkan bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam adunan telur tadi sambil dikacau hingga sebati.

4.  Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate (bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat/persegi yang telah digris dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak.  Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 10 minit dengan api sederhana atau hingga masak sepenuhnya.  (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu.  Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa).


Bahan topping (Ganache) :

300  gm  coklat masakan  -  potong kecil
    1  sudu besar  susu pekat manis
 1/2  cawan  susu cair
    2  sudu besar  mentega


Cara-cara :

1.  Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2.  Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.  Padamkan api dan masukkan mentega.  Kacau lagi hingga mentega cair.

3.  Curahkan ganache di atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

4.  Bila kek dan ganache telah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.  Boleh juga dinikmati ketika suam.

No comments:

Post a Comment