Thursday, July 2, 2015
APAM NASI
APAM NASI
sumber : Bicara Kak Noor ; thanks...
Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 paket yis Mauripan
2 cawan nasi sejuk (sebaiknya nasi semalam)
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya
Pewarna pilihan (optional)
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali nasi dan air, gaul rata dan sebati. Ketepikan.
Kisarkan nasi dan air sehingga betul-betul hancur dan gaulkan dengan bahan-bahan yang digaul rata tadi, biarkan sebati dan perap selama 3 jam atau lebih. Letakkan sedikit pewarna pilihan jika suka.
Tuangkan adunan di dalam acuan lompang atau acuan kecil pilihan dan kukus selama 10-15 minit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment