Saturday, July 18, 2015
NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
NUTELLA CHOCOLATE CHEESE TART
sumber : sariyusa ; thanks...
Bahan Tart Shell :
170 gm marjerin (Buttercup dalam tin kuning)
50 gm gula aising (2 1/2 sudu besar)
1 biji telur gred 'B'
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp perisa coklat
2 tbsp serbuk koko
270 gm tepung gandum
Filling : Nutella secukupnya
Cara-cara :
1. Pukul sekejap marjerin dan gula aising dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko diikuti dengan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. (TIPS : Cairan di dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 270 gm. Masukkan tepung sedikit demi dan apabila ia hampir hendak menjadi doh; BERHENTI meletakkan tepung apabila apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk adunan. Jika terus letak tepung ia akan menyebabkan doh menjadi agak keras).
4. Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit. Disebabkan crust berwarna coklat, selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust, terbalikkan, jika keluar maknanya crust sudah masak.
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
2 tbsp gula kastor
1 biji telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla
Sedikit chocolate emulco
Cara-cara :
Putar cream cheese bersama gula hingga lembut dan gula hancur (dalam 1 minit). Masukkan telur, chocolate emulco dan esen vanilla. Putar lagi hingga licin dan sebati. Jangan terlalu lama. Dua tiga minit sudah memadai. Masukkan ke dalam piping bag. Sedia untuk digunakan.
Susun tart shell di dalam dulang pembakar, picitkan Nutella ke dalam setiap tart shell kemudian paipkan cream cheese hingga ke tebing tart shell. Taburkan dengan sedikit chocolate rice di atasnya (jika suka). Bakar semula pada suhu 170'C selama 10 minit.
TIPS : Sebaiknya guna telur dari peti sejuk. Keluarkan cream cheese 15-20 minit sebelum ia diputar/digunakan. Pastikan krim anda tidak mengalir dari spatula selepas diputar.
Labels:
Cheesetart
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment