KEK PISANG

Saturday, July 4, 2015

NASI BERIANI AYAM YOGURT







NASI BERIANI AYAM YOGURT
sumber  :   DapurTanpaSempadan ; thanks...(sangat sedap)




Bahan-bahan :

   4  cawan  beras basmathi  -  direndam selama 25 minit & ditoskan
1/2  ekor  ayam  -  dipotong 8 atau 10, cuci bersi & toskan
Air secukupnya
   2  sudu besar  minyak sapi
3/4  cawan  plain yogurt
   5  cawan  air
   2  sudu besar  rempah beriani
   1  inci  halia *
   1  biji  lada hijau *
   5  biji  bawang merah *
   3  ulas  bawang putih *
   1  biji  tomato *
1/3  inci  kunyit hidup *  ( * dikisar halus)
Sedikit daun pudina
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula


Bahan tumis :

1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
2  biji  buah pelaga


Bahan hiasan :

Hirisan daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis


Cara Penyediaan :

1.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan rempah tumis dan daun pandan, tumis masak sehingga wangi.  Masukkan bahan kisar halus dan rempah beriani, kacau rata dan masak sehingga rempah garing, gunakan api kecil.  Masukkan ayam dan gaul rata.  Tuangkan air secukupnya (anggaran 1 cawan) dan masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

2.  Masukkan beras basmathi dan gaul rata-rata.  Gorengkan sekejap.  Alihkan beras basmathi tadi bersama-sama ayam ke dalam periuk rice cooker.  Bancuhkan yogurt dan 5 cawan air, kacau dan tuangkan ke dalam rice cooker, tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.  Masak seperti biasa.

3.  Bila nasi hampir kering, masukkan daun pudina dan kismis.  Biarkan sehingga nasi betul-betul masak.  Gemburkan nasi dengan chopstick.  Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan kacang pis.  Hidangkan bersama acar dan lauk pilihan.





 Buah Melaka@Onde-Onde

No comments:

Post a Comment