Sunday, February 1, 2015
APPLE CRUMBLE MUFFINS
APPLE CRUMBLE MUFFINS (24 pcs)
sumber dari : Singgahsana Kitchen ; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan Toping :
70 gm gula perang
60 gm tepung gandum
50 gm mentega - dicairkan
1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan-bahan Muffin :
210 gm gula perang
140 gm minyak jagung
1 biji telur 'A'
200 gm buttermilk
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla *
1/2 sudu teh esen epal * (atau 1 sudu teh esen vanilla)
300 gm tepung gandum
230 gm epal hijau yang telah dibuang kulit & dipotong dadu (anggaran 2 biji)
Cara Penyediaan :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C selama 30 minit. Isikan loyang muffin dengan cawan kertas. Ketepikan.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan toping dan gaul sehingga menjadi 'crumble'. Ketepikan.
4. Sementara itu, satukan gula perang, minyak dan telur di dala mangkuk adunan.
5. Di dalam bekas berasingan, satukan buttermilk, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul sebati.
6. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak berselang-seli dengan campuran buttermilk. Kacau sehingga sekadar sebati sahaja. Masukkan epal yang dipotong dadu. Gaul sekadar sebati saja.
7. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan bahan toping. Turunkan suhu oven 170'C dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment