KEK PISANG

Saturday, February 21, 2015

PENKEK BLUBERI








PENKEK BLUBERI
sumber dari  :  KOSMO 2011
tried by  :   zaralovebaking; sedap & lembut...




Bahan-bahan :

1  cawan  tepung serbaguna
1  sudu besar  gula kastor
1  sudu kecil  serbuk penaik
Sedikit garam

1  biji  telur gred L/A  (saya guna gred L)
2  sudu kecil  minyak sayuran
1  cawan  susu segar

1/2  cawan  bluberi
Sedikit kranberi kering


Cara-cara membuatnya :

1.  Campurkan kesemua bahan kering ke dalam satu mangkuk.

2.  Campurkan susu, telur dan minyak sayuran dan kacau sehingga sebati.  Tuangkan ke dalam campuran bahan kering dan kacau sehingga sebati dan adunan menjadi licin.

3.  Panaskan kuali non-stick yang disapukan sedikit minyak dan tuangkan 1/3 cawan adunan ke atas kuali.  Saiz penkek lebih kurang 4 inci.  Taburkan beberapa biji bluberi ke atas adunan penkek.

4.  Apabila gelembung udara mula ketara biasanya dalam 10 hingga 15 saat, balikkan dan masak sehingga perang keemasan.

5.  Hidangkan dengan bluberi, kranberi kering dan madu.


TIPS :

1.  Ketika memasak, gunakan api yang sederhana dan kecil untuk mengelakkan penkek daripada hangus.
2.  Jika adunan terlebih manis, cuba pekatkan adunan sedikit dengan menambahkan sedikit tepung dan tuangkan ke dalam acuan muffin kerana ia boleh menjadi adunan muffin yang enak.

No comments:

Post a Comment