Sunday, February 8, 2015
NASI MINYAK
NASI MINYAK
sumber dari : DapurTanpaSempadan; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (direndam 30 minit & toskan)
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 sudu makan minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih *
4 cm halia * (* dikisar halus)
2 sudu kecil garam
Secuit gula
Bahan Rempah Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan rempah tumis dan bawang besar sehingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, tutupkan api dan tuangkan ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanak seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang kecil dan titiskan pewarna kuning, taburkan kismis dan daun ketumbar (jika suka). Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gemburkan nasi dengan garfu dengan perlahan-lahan sekadar bergaul mesra saja. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup & bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment