percubaan pertama ku membuat kuih ini....menjadi & sangat sedap..
terima kasih pada penyumbang resipi ini...
RESIPI KUIH LOPES
sumber dari : tulip77@myresipi, Intai Dapur, Azlita Masam Manis; thanks...
tried by : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut (saya guna beras pulut susu & direndam selama 1 jam saja)
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula :
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras pulut, rendamkan beras pulut dengan air selama 3 jam. Masukkan juga beberapa titik pewarna hijau dan air kapur. (Jika menggunakan beras pulut susu, masa rendaman anggaran 1 jam saja). Kisar daun pandan (anggaran 3-4 helai) bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Selepas itu, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
2. Alaskan bekas 4 segi atau bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan tekan padat-padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan ke dalam kelapa parut putih. (Saya menggunakan plastik dadih untuk membentukkan kuih lopes ini).
3. Semasa kukus pulut, bolehlah dibuat air gula. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, bila sudah mendidih kecilkan api dan masak sehingga agak likat. Bila dah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
(menghasilkan : anggaran 21 keping menggunakan bekas dadih plastik).
No comments:
Post a Comment