Monday, February 2, 2015
NASI HUJAN PANAS
NASI HUJAN PANAS
sumber dari : DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by : zaralovebaking ;....
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
5 cawan air biasa atau air rebusan ayam (saya guna air biasa & tambah 1 kiub pati ayam Knorr)
1 cawan susu sejat IDEAL
1 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - di titik
1 biji bawang besar - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan penuh minyak sapi atau mentega
Garam & gula secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Hiasan : Hirisan daun sup & bawang
Gajus goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara Memasak :
Panaskan minyak sapi di dalam kuali/periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga berbau harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan wangi. Kemudian masukkan beras dan kacau rata. Gorengkan beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
Alihkan beras ke dalam periuk nasi letrik. Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap, bila nasi masak matikan suis.
Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Gunakan chopstick, gemburkan nasi tadi sehingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan sekejap. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup & bawang, kacang pis dan bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment